MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Nov 2009

Mahkamah Tolak Permohonan Tertuduh. Alhamdulillah - Saiful

*Ulasan saya dibawah*

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Mahkamah Rayuan Jumaat menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu dalam kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud, dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen penting kepada Anwar.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Dalam keputusannya, Hakim Hasan berkata dokumen yang diminta Anwar tidak termasuk dalam ketetapan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah kerana terdapat batasan bagi pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen tertentu kepada tertuduh.

Hakim Hasan berkata mahkamah tidak bersetuju dengan tafsiran Hakim Mahkamah Tinggi terhadap Seksyen 51 kanun itu. Seksyen 51 bermakna pihak pendakwaan perlu menimbangkan arahan untuk membekalkan dokumen atau benda lain, seperti diminta oleh tertuduh.

"Dalam prosiding jenayah, mahkamah tidak membenarkan sebarang cubaan bagi mendapatkan siasatan," katanya ketika menyampaikan keputusan itu secara lisan dan menurutnya penghakiman penuh secara bertulis akan diberikan tidak lama lagi.

Seksyen 51A memperuntukkan ketetapan bagi pembekalan dokumen tertentu oleh pihak pendakwaan kepada tertuduh sebelum bermulanya perbicaraan bagi membolehkan tertuduh menyediakan pembelaan.

Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar untuk memaksa pihak pendakwaan membekalkan dokumen bagi membolehkannya menyediakan pembelaannya, mengikut Seksyen 51A supaya proses pendakwaan lebih terbuka dan adil.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan sampel spesimen Mohd Saiful selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya. Mahkamah pada 24 Julai membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi penangguhan pelaksanaan perintah itu, sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan diputuskan.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, tahun lepas.

Kemudiannya, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita yang beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada Isnin kerana keputusan hari ini akan menjadi duluan dalam kes jenayah mengikut Seksyen 51A bagi membolehkan tertuduh dibicarakan secara adil.

Karpal berkata matlamat Parlimen dalam meminda Seksyen 51A pada 2006 ialah untuk mencegah perbicaraan diadakan secara "serang hendap" dan kelewatan selepas dokumen dibekalkan kepada tertuduh bagi menyediakan pembelaan.

Anwar, yang tidak hadir di mahkamah, turut diwakili R.Sivarasa dan S.N.Nair, manakala Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mengetuai pasukan pendakwaan yang terdiri daripada Noorin Badarudin, C.K.Wong dan Shamsul Sulaiman.

Kes liwat itu ditetapkan untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi pada 23 Nov. Perbicaraan kes itu yang ditetapkan pada 1 Julai hingga 23 Julai telah ditangguhkan bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan oleh Anwar berhubung kes itu.

-- BERNAMA

--------------------------------------------------------

[Ulasan Saya] Alhamdulillah, saya menerima baik keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa pihak peguam tertuduh ada menyatakan untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.Saya amat berharap bahawa prosiding itu nanti tidak akan mengambil masa yg lama untuk diputuskan.

Saya berkeyakinan penuh pada mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaran penuh untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi walaupun terdapat pelbagai permohonan yang difailkan oleh pihak tertuduh yang terpaksa diputuskan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Terus istiqamah dan bersabar, kepada Allah saya berserah...

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

sumber - mohdsaifulbukhari


1 ulasan:

broooo... berkata...

haa... haaaah.... correct... correct... correctttt.....
haaah.... yaaa.... yaaaah.... correct... correcttt.... correcttt......

inilah hakikat mahkamah cartoon Malaysia… istananya saja tersergam indah, nilainya hampas…

sama macam kes2 besar sebelum ini,

bila;
hakim mahkamah mejestret jatuh hukum,
hakim mahkamah tinggi kata hakim khilaf,
hakim mahkamah rayuan kata hakim tersilap penghakiman,
hakim mahkamah persekutuan pula kata tiada kuasa.

bila;
hakim mahkamah tinggi jatuh hukum,
hakim mahkamah rayuan kata hakim khilaf,
hakim mahkamah persekutuan pula hakim tersilap penghakiman.

dimana capebeliti & transperensi mahkamah di Malaysia.
sebab itulah dengan megahnya pemimpin2 corrup umno akan mengunakan ayat2 standard ini
“kalau tak puas hati bawak lah ke mahkamah, Malaysia ada undang2″
bila mereka mencabar pemimpin Pakatan Rakyat.